Blogger Layouts

Monday, August 5, 2013

bergumbiraaaaa

assalamualaikum
haii !

skema sikit :)

sempena hari raya aidilfitri yang menjelang tiba , saya nik nur aisyah nik md zain , yang tinggal di kelana jaya belajar di mrsm tgb , bernombor maktab 1326* , dari kelas 410 ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 

*jerit sambil terjun dari kerusi*

haha . bodoh gila aku . nanti malam raya jangan main mercun . dah raya jangan makan banyak , nanti comel macam aku . cliche nak mati nasihat aku . tak cool lah macam ni .


Sunday, August 4, 2013

I L U S A N I T I

assalam .
hai.



okay rebiu hari ni aku nak guna style cikgu aku mengajar bi , well aku kan student lagi kena lah praktikkan benda nak diajar .

pre-reading question : kenapa aku memilih untuk beli buku ni ?

jawapan : *macam jawab soalan pemahaman pun ada jugak mcm ni

sebenarnya aku dah memang ketagih FIXI so kalau boleh aku nak beli semua buku dia . cuma biasalah aku kena dahulukan duit beli buku bio , phys , chem kalau nak berjaya dalah pelajaran . *eceh

aku selalunya beli buku based on kulit buku dia . kalau cover dia menyelerakan memang aku layan . eleh , aku tak pernah kisah dengan pepatah dont judge the book by its cover . kulit buku pun penting jugak kan ? cover ilusaniti ni menarik doh . aku tengok cover dia ingat cerita dia pasal nerd freak gila computer pastu sesat dalam pc ke apa . haha . okay aku buat cerita merepek nak mati .

sinopsis dia pulak tidak menjangkakan apa apa . aku suka sinopsis padat , ringkas dan berkesan mcm tu . sinopsis yang aku paling benci ialah kalau boleh nak cerita semua benda kat situ , sampai aku dah boleh agak akhir dia jadi apa . kalau sinopsis pendek baru gempak . bila baca buku tu baru perasaan cuak itu akan lahir dengan ikhlas . haha .

post reading question : 30 muka surat pertama . komen ?

bagi aku bahasa menarik walaupun cikgu bm aku semua marah aku layan fixi . habis orang lain baca novel cinta bahasa rojak dia tak marah pulak ? 

benda aku paling suka kat buku ni adalah mana adib zaini dapat idea nak reka setiap nama watak yang ada weh ? sumpah nama semua nama gempak nak mati . nympho , alhazred , rempit malaya , bobzaro . mungkin pemikiran aku belum cukup luas . biasalah . 

aku suka cara dorang berkenalan . ni boleh membuktikan teori kita boleh buat kawan kat mana mana je ; tapi jangan percaya semua 100 % 

paling penting aku dapat kenal banyak kata-nama-khas baru yang tak pernah aku tau . dan ini membuatkan aku rajin search kat google apa sebenarnya yang cuba diperkatakan .

jalan cerita mula mula cool membuatkan aku tak tidur malam nak baca buku tu . menyesal jugak sebenarnya buka buku tu tengah minggu exam selaras . sial , tak memasal aku tak study subjek the next day . padahnya , markah subjek tu nearly rosak . aku tak salah kan fixi , siapa suruh aku baca . haha . 

post reading question : apakah pendapat anda mengenai buku ini secara keseluruhan ?

GILA GEMPAK ! RUGI DOH SIAPA YANG TAK BACA . KOMEN NI AKU NAK BUAT SEMUA CAPS LOCK SEBAB BUKU NI BESTTTTT SANGATTTTTT . TAK MENYESAL DOH AKU BELI BUKU NI TIME PBAKL HARI TU ! 

SECARA TOTALNYA AKU MEMANG TAK MENJANGKA YANG AL TU JAHAT NAK MATI. SUMPAH . AKU BANYAK BELAJAR PASAL ORANG TAK PERCAYA AGAMA DAN NAK MUSNAH KAN ORANG LAIN SAMPAI MACAM TU SEKALI .

INFO INFO PASAL ORANG TAK PERCAYA AGAMA *AKU LUPA DAH BUKU TU GELAR APA* TU AKU BARU TAU SEJAK BACA BUKU NI .

BUKU NI GEMPAK LAGI SEBAB ADA SEMUA DALAM SATU CERITA . KAU NAK LOVE , DIA BAGI KAU SETEPEK LOVE STORY ; WALAUPUN TAK BANYAK . KAU NAK MINDFUCKED , DIA BAGI KAU SEBIJIK SAMPAI KAU GILA. PADAN MUKA AKU . OTAK AKU PENAT BACA BUKU NI . 

AKU BERFIKIR MACAM MANA ADIB ZAINI BOLEH TERFIKIR NAK BUAT BUKU MINDFUCKED MACAM NI . AKU RASA MACAM NAK BELAH OTAK DIA SEPARUH ! 

okay dah selesai . fuh , penat aku nak review balik buku tu dalam otak . well , buku tu lama dah aku baca tapi baru nak buat rebiu . 
kepada adib zaini , saya rasa saya lebih muda ; sebab takkan ada budak umur bawah 16 boleh buat cerita mcm ni , boleh tak bagitau mana dapat idea nama nama tu semua kat saya ? paling tak pun komen cakap hai pun dah okay . ehh , tiba tiba sopan pulak aku :)

haha , mesti dia ingat aku ni semacam jeeee . tak lah , dah memang buku dia gempak . aku minat lah .

okay , aku nak study bio pulak ni . kena belajar rajin rajin . nanti aku pandai bio , aku nak guna fakta bio dalam novel yang aku buat . boleh tak ? hahahahahaha , mat jenin sungguh .

~niksyah~
member aku kata aku tak sopan . kuajo .

Saturday, August 3, 2013

2013

tak sampai setahun lagi kan ? baru several months . chill lah bruh .

hai , assalam yolls !

lama gila nak mati aku tak post weh . actually , last post last year lepas balik dari weds abang mirul . dah DUA RIBU TIGA BELAS woi . aku baru satu entry.

okay , kita cerita dari awal tahun .

awal form 4 masuk kkb dulu layan program kiks dengan mrsm kkb tercinta. thena aku dapat offer masuk mrsm tun ghafar baba . korang tak kenal ke maktab famous tu / number satu dalam malaysia. famous woi wa cakap lu. mula mula aku excited nak mampus nak pindah .

dekat tgb penat weh . satu benda pun aku tak dapat . nak kenal dengan kawan baru lagi . aku dah lah susah nak kenal kenal dengan orang baru . hmm , biasalah orang pemalu macam aku ni apa yang boleh dapat .

first semester semua nya bahagia . dengan mengekalkan tiada subjek fail . alhamdulillah . aku sangat sedih sebenarnya mula mula masuk tgb . semuanya lain . peraturan longgar tapi islamik gila. alhamdulillah , banyak benda baru yang aku belajar .

cikgu dekat tgb mcm pensyarah unibesti je tau tak . sangat lah strict weh . weh tolong aku tolong . hahaha . dekat tgb kan aku nampak semua orang matured je . semua nampak mcm taknak muda . muka ketat je always. mungkin terlalu stress.

dekat tgb ni lagi , start dari form 4 dah kena rushing nak espiemm . kat sini yang aku belajar sebenarnya form 4 bukan honeymoon year sistah . kena belajar rajin rajin setiap masa tak mengira detik waktu .

sekarang dah nak habis bulan puasa , nak raya dah pun , dengan ini saya ingin memohon maaf andai tersalah kata , terlanjur bicara dengan semua orang .

aku nak bernekad ni . lepas ni nak update blog selalu. nak buat rajin rajin . belajar belajar jugak tapi hidup kena ada life man . come on

malam ini aku nak cerita kan semua perkara 2013 tapi mcm nanti jadi 14 post pun taktau lagi boleh habis ke tak cerita aku tu . macam macam benda aku nak bagitau diri sendiri . haha .

yang paling penting , lupa aku nak bagitau . walaupun aku pindah , debat didalam hati takpernah pindah . cuma sekarang bukan satu team dengan azmer, hawa, k dah . sekarang dengan bebudak yang tersangat pandai sampai aku nampak mcm bodoh gila nak mati .

k , entry ni sampai sini dulu .

aku post pun sebab aku nampak budak ipoh layan blog jugak . kbye .

~nsyahz~
perpindahan memeritkan

Sunday, December 2, 2012

ini satu kenangan ,

assalamualaikum .

hey there :)

aku baru balik wedding abang mirul a.k.a anak aunty aminah and uncle ridzwan a.k.a abang arwah anisa dekat dewan perdana felda , jalan semarak , kuala lumpur . wahh , detail gila !

mari kita mula bercerita :)

aku dgn member aku semua dapat invitation pergi wed ni last week . at first , aku taktau nak pergi ke tak . tapi bila qausar mengajak dengan penuh kesungguhan , apa salah nya kan . lagipun memang aku dah lama tak jumpa aunty dgn uncle . last pun waktu raya tu je lah .

on the way nak pergi sana , ada sesat sikit . haha , biasalah . malam malam bawak kereta bukannya jelas sangatkan ? dalam kereta we talk about many things . sedar tak sedar , dah hampir 6 tahun kan aku tak jumpa anisa . waktu sekolah rendah dulu , aku quite close dengan dia . aku ingat ada one time , time tu budak budak darjah 3 jadi racist . haha , anisa pernah gaduh dgn lanusha . then the next day , we found anisa's diary dalam tong sampah . so , kita orang semua tuduh lah lanusha yang buat semua tu . haha , kelakar bila ingat benda tu balik . kita semua comel sangat gaduh sampai macam tu sekali .

back to the wed event , sampai je terus cari aunty and uncle . nampak macam dorang busy sangat . for sure lah kan . anak dia nak kahwin kot . salam salam semua kami pun masuk dewan tu . meja yang agak hujung membuatkan aku , qausar , amanina , and aunty (mak qausar) tak nampak sangat pelamin yang mana aku pasti sangat cantik dari jarak dekat . tapi tak pe , sekarang kemudahan teknologi semakin maju , duduk jauh pun still nampak dari screen besar mcm tgk bola kat mamak stall tuu . haha , pengantin berjalan masuk . aku taktau kenapa . aku tgk muka abang mirul aku rasa sebak . bukan sebab dia dah kahwin . tapi aku sebak sebab muka abang mirul sebijik gila macam muka nisa . saling tak tumpah . seriously ! abang mirul seolah olah nisa versi lelaki .

by that time i just realise , yang aku ni sangat rindu dekat nisa . sebab tu lah setiap kali sebut nama dia aku tak pernah sebut arwah . aku tak sanggup . bagi aku panggilan arwah tu meletakkan jurang yang sangat besar bagi aku dgn best friend yang dah lama takde . aku ingat lagi satu cerita waktu darjah 3 . kelas 3 budi ada bilik kosong kat belakang . student memang suka sangatlah main dalam bilik tu sebab gelap . haha , cerita cerita and tell secrets kat dalam tu . aku taktau lah apa motif dia . haha , dulu kecik . mana tau apa apa . ada one time nisa masuk tiba tiba bilik tu terkunci sendiri . cikgu azian yang mana patutnya masuk kelas aku untuk mengajar , kena jadi ahli bomba pulak untuk selamatkan nisa yang ada kat dalam bilik gelap tu . lepas tu students , cikgu dah tak bagi masuk bilik (sebenarnya taman permainan kita orang) tu dah .

okay , mari kita keluar topik sikit , sikit je . tak banyak pun . sambung je lah baca post aku ni .

aku ni memang tipikal melayu . suka tengok cerita melayu yang mana storyline dia semua samaaaaaa je . baca novel melayu . biasalah , aku ni speaking pun tunggang terbalik . apa nak jadilah aku ni .

tapi bagi aku sepanjang aku kenal nisa dan family dia , ini bukan lagi cerita melayu yang tipikal .

cerita melayu tipikal : yang kaya dan berjaya takkan kenal erti yang miskin dan hina . jauh dari ukhrawi dan dekat hanya duniawi

cerita melayu dalam hidup aku kenal family nisa :
mereka kaya , hebat , berjaya tapi masih tak kenal erti putus asa . aku kira masih sayang kepada kawan kawan nisa . selalu telefon kami . banyak bagi nasihat . memang lain dari cerita melayu tipikal yang ada kat tv tu . ternyata semua yang dalam tv tu menipu . atau dalam bahasa urbannya , mereka tak bajet atau kerek walaupun loaded . malah mereka pemurah lagi penyayang .

sampaikan , bila aunty kata dia baca post anisa dalam blog qausar . aku rasa mcm wow ! dia ikut perkembangan qausar . post tu memang sepenuhnya cerita pasal nisa (post tu dalam bahasa inggeris yang mana aku pada mulanya malas nak baca) .

okay done here . penat lah nak tekan keyboard dah .

Allah sayang orang yang baik . sebab tu lah Dia tarik orang yang baik dulu . Dia nak kita yang tak berapa nak baik ni sedar , orang yang baik ni semua orang sayang . (apa lah berbelit sangat aku ni)

aku rindu ANISA KARMILA RIDZWAN .

al- Fatihah .

~niksyah~
saya urban . motif ?